Thursday 9 January 2014

Jatuh Air Mata Ku, Hancur Punah Hati Ku

Rasanya hari ini aku dapat merasakan mengalirnya darah di hatiku seperti ditikam menggunakan pedang yang paling tajam. Kenapa kawan baik ku sanggup memutuskan hubungan? hanya sebab aq marah. Bukan sehari dia kenal aq. Bukan hari ini dia kenal aku tetapi dia anggap aq ini seperti asing dari orang lain.

Ini dinamakan kawan baik? ini hanyalah kawan yang berpura-pura baik sahaja. Menyesal aku menganggapkan kau kawan baik. Aq sepatutnya telah menduga bahawa tidak ada satu pun yang dinamakan kawan baik di dunia ni. Ini semua hanya tipu! duniawi sahaja.

Jangan lah aku terbabit dalam masalah seperti ini lagi. Jangan ambil tahu Hal orang lain. Jangan dengar masalah orang lain. Tiada siapa pon yang akan memahami diri sendiri melainkan diri ini yang mengetahuinya.

Biarlah airmata dan kenangan yang tinggal. Jangan mengingati setiap detik pun. Biarlah ianya mati bersama air mata ku yang sudah kering. Ini lah kehidupan.

assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment